Thursday 3 September 2009

Bilangan Pelajar : 30 orang
Masa : 60 minit
Matapelajaran : Sains Tahun 1
Tema : Menyiasat Alam Kehidupan
Tajuk : Haiwan
Objektif Pengajaran : 1. Jenis haiwan yang berbeza
: 2. Membunyikan bunyi haiwan
Hasil Pengajaran : 1. Murid dapat menamakan haiwan
: 2.Murid dapat mengenali bunyi haiwan
Kemahiran Proses :Sains : Memerhati, berkomunikasi
Nilai-nilai Murni : Mengagumi ciptaan Tuhan,
BBB : Gambar haiwan (Slide Show), Video, Puzzle
KBKK : Menjana idea, membanding membeza
Pengetahuan Sedia Ada: 1. Murid biasa melihat haiwan di kawasan persekitaran dan haiwan di zoo


Set Induksi ( 5 minit )


1. Murid mendengar lagu Old Mc Donald Had A Farm.

>


2. Murid menyanyikan lagu tersebut sambil melakonkan pergerakan haiwan yang terdapat di dalam lagu tersebut mengikut kreativiti mereka tersendiri.
3. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai nama-nama haiwan dan bunyi haiwan yang terdapat dalam lagu tersebut.


Aktiviti 1 ( 10 minit )


1. Guru menunjukkan slide show haiwan.


2. Murid menyebut nama haiwan yang dilihat .
3. Murid mendengar bunyi haiwan (klik disini) di laman web .
4. Murid meneka nama haiwan tersebut.

Aktiviti 2 ( 15 minit )


1. Murid menonton video mengenai haiwan dalam zoo.




2. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai haiwan di dalam zoo
3. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk melengkapkan puzzle haiwan (klik di sini)dengan memggunakan komputer (laman web).
a. Setiap kumpulan akan menggayakan pergerakan haiwan dan bunyi berdasarkan puzzle yang mereka perolehi.


Aktiviti 3 ( 25 minit )


1. Murid mendengar cerita dari guru mengenai cerita haiwan di dalam laman web yang disediakan.(klik di sini)
2. Guru bersoal jawab mengenai cerita tersebut dan pengajaran yang diperolehi.
3. Murid mewarna gambar haiwan berdasarkan habitat mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan laman web yang disediakan (klik di sini).
4. Murid diminta menulis nama haiwan yang terdapat dalam lukisan tersebut.


Penutup ( 5 minit )


1. Murid menyambung titik-titik haiwan yang diberikan oleh guru dalam laman web yang disediakan (klik di sini).
2. Murid menyebut nama haiwan tersebut.
3. Murid diminta membunyikan bunyi haiwan tersebut.
4. Murid menyanyi sekali lagi lagu “Old Mac Donald Had A Farm” dengan menggayakan pergerakan haiwan tersebut.

<
Nursery Rhymes Video - Old Mac Donald Had A Farm - Click here for funny video clips

Monday 17 August 2009